X

Kindly register in order to view this article
!

Kapal tangki ditahan berlabuh tanpa kebenaran

Maritim menahan sebuah kapal tangki yang berlabuh tanpa kebenaran di kedudukan 10.7 batu nautika timur Tanjung Balau pada Selasa.
A
A

JOHOR BAHRU - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Tanjung Sedili menahan sebuah kapal tangki yang bersauh tanpa kebenaran di kedudukan 10.7 batu nautika timur Tanjung Balau pada Selasa.

Pengarah Zon Maritim Tanjung Sedili, Kapten Maritim Mohamad Sulhan Zainon berkata, kapal tangki tersebut ditahan sewaktu kapal ronda Maritim Malaysia sedang melaksanakan rondaan operasi harian kira-kira jam 1.20 petang.

“Kapal yang berdaftar di Panama itu dikendalikan 23 kru warga India termasuk nakhoda berusia antara 21 hingga 63 tahun dan memiliki dokumen pengenalan diri yang sah.

“Bagaimanapun nakhoda kapal gagal mengemukakan sebarang dokumen kebenaran bersauh dari Pengarah Jabatan Laut Malaysia,” katanya menerusi kenyataan pada Rabu.

Menurutnya, kapal tersebut ditahan dan kes akan disiasat di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar 1952, Seksyen 491B(1)(l) iaitu bersauh tanpa kebenaran Pengarah Jabatan Laut Malaysia.

“Sekiranya didapati bersalah boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali.

“Maritim Malaysia terus komited melaksanakan tugas di dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan 2.0 dan sentiasa serius ke atas pematuhan undang-undang negara,” katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!