X

Kindly register in order to view this article
!

KKM perlu segera bentang grand plan: Kon Yeow

Chow Kon Yeow
A
A

GEORGETOWN - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) perlu membentangkan segera pelan menyeluruh pengurusan pandemik Covid-19 seperti dipersetujui Perdana Menteri,Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam sidang khas Majlis Keselamatan Negera (MKN) pada 20 Januari lalu.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow berkata, pelan menyeluruh atau ‘grand plan’ perlu bagi memperkasakan komponen penting iaitu pendekatan 3T (testing, saringan secara besar-besaran; tracing, mengenal pasti dan treating, merawat).

Menurutnya, pelan berkenaan juga meliputi pengurusan sumber pusat perubatan awam negara, kapasiti makmal bagi proses saringan, status Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) Berisiko Rendah, integrasi dengan sektor swasta dan lain-lain berkaitan.

"Pelan tersebut amat diperlukan bagi memperhebatkan sebarang inisiatif serta tindakan yang telah mendatangkan kesan positif dan pada masa sama memperhalusi sebarang kelemahan dikenal pasti bagi memastikan kita mencapai kejayaan dalam pertempuran ini," katanya menerusi satu kenyataan di sini pada Rabu.

Kon Yeow berkata, beliau berpendapat setiap kerajaan negeri perlu memainkan peranan dalam mengetatkan setiap prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan Pusat bagi memutuskan rantaian pandemik Covid-19 secara menyeluruh.

Dalam pada itu, beliau juga melahirkan kekesalan berhubung kelulusan perarakan Thaipusam dari Lebuh Penang pada awal pagi Rabu walaupun keputusan tegas telah diputuskan sebelum ini di peringkat negeri.

"Apa yang membimbangkan, perkara sebegini akan mengundang kepada ketidakpatuhan pada sambutan perayaan lain pada masa akan datang," katanya.


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!