Graduan naik beca hadiri majlis konvokesyen pandu lalu

Seorang graduan dengan penuh bangga menghadiri majlis konvokesyen secara pandu lalu menaiki beca bersama bapanya walaupun rakannya yang lain menaiki kereta mewah.
Seorang graduan dengan penuh bangga menghadiri majlis konvokesyen secara pandu lalu menaiki beca bersama bapanya walaupun rakannya yang lain menaiki kereta mewah.
A
A
A

LUBUK PAKAM - Seorang graduan dengan penuh bangga menghadiri majlis konvokesyen secara pandu lalu menaiki beca bersama bapanya walaupun rakannya yang lain menaiki kereta mewah.

Graduan bernama Alex Satria, 23, menamatkan pengajian dalam bidang sarjana perubatan di Institut Kesihatan Medistra Lubuk Pakam (IKMLP) pada Sabtu.

Alex berkata, pada mulanya dia mendapat jemputan dari pihak kampus untuk menghadiri majlis konvokesyen secara pandu lalu kerana pandemik Covid-19.

"Pihak kampus memberi tiga pilihan sama ada menaiki kereta, beca atau motosikal ketika menghadiri majlis tersebut.

"Saya memilih untuk menggunakan beca kerana kenderaan ini yang membantu keluarga menjana pendapatan sehingga saya berjaya tamat pengajian. Lagipun beca sahaja yang kami ada," katanya kepada Tribunnews pada Rabu.

Terdahulu, tular di aplikasi TikTok, Alex satu-satunya individu yang menaiki beca dipandu bapanya semasa menghadiri majlis konvokesyen sementara rakan-rakanya menggunakan kereta.

Ujarnya, berkat pekerjaan bapanya sebagai pemandu beca, dia dan adiknya bergelar sarjana.

"Ibu bapa hanya bekerja sebagai pemandu beca tetapi dengan pendapatan yang sedikit, saya dan adik mampu berjaya. Saya gembira dan seakan tidak percaya.

Artikel Berkaitan:

"Saya juga tidak menyangka rakaman video itu tular tetapi apa yang diharapkan video itu memberi inspirasi kepada anak muda agar meneruskan pelajaran walaupun dalam keluarga kurang mampu," katanya.