X

Kindly register in order to view this article
!

16 kes berkait doktor palsukan dokumen pesakit

Perkeso
A
A

SHAH ALAM - Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso), mengesan sekurang-kurangnya 16 kes dikaitkan dengan siasatan terhadap seorang pegawai perubatan di Pulau Pinang yang disyaki memalsukan dokumen rekod pesakit.

Ketua Eksekutifnya, Datuk Seri Dr Mohammed Azman Aziz Mohammed berkata, berdasarkan beberapa dokumen yang telah dikemukakan untuk pengesahan, Perkeso mendapati dokumen tersebut telah diproses untuk pembayaran tuntutan faedah.

Menurut Azman, Perkeso kini sedang bekerjasama dengan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk mengenal pasti dokumen berkaitan kes tersebut.

“Perkeso kini sedang menjalankan siasatan dalaman bagi mengenal pasti sebarang unsur penipuan yang mempunyai modus operandi yang sama.

“Sekiranya terdapat penemuan yang berkaitan, Perkeso akan melaporkan kepada pihak berkuasa untuk tindakan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Ujar Azman, sebarang kenyataan hanya akan dimaklumkan selepas siasatan selesai kerana polis masih menjalankan siasatan terhadap kes itu.

Terdahulu pada Isnin, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pulau Pinang, Asisten Komisioner Mohd Rosni Mohd Lazim memaklumkan, pihaknya sedang menyiasat seorang doktor wanita di hospital kerajaan di negeri itu yang disyaki memalsukan dokumen rekod pesakit, tuntutan insurans dan Perkeso.

Kegiatan doktor berusia 37 tahun itu terbongkar selepas satu daripada dua mangsa yang juga doktor ortopedik di hospital berkenaan menyedari cop rasmi dan tandatangannya digunakan untuk pengesahan dokumen pesakit pada 30 Disember lalu.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!