Isu Bukit Belanda selesai

Isu Bukit Belanda yang sebelum ini dibangkitkan penduduk mendapat perhatian pihak berwajib.
Isu Bukit Belanda yang sebelum ini dibangkitkan penduduk mendapat perhatian pihak berwajib.
A
A
A

TANJONG KERAMAT - "Syukur alhamdulillah semuanya sudah dialihkan dan Bukit Belanda pun dah cantik bila diselenggara dengan baik," demikian kata penduduk Kampung Tanjong Keramat.

Lebih menggembirakan, isu patung pemujaan itu dapat diselesaikan dengan baik sekali gus memberikan kelegaan kepada penduduk apabila isu Bukit Belanda menjadi perhatian pihak berwajib.

Pengerusi Pertubuhan Bersatu Anak Jati Kuala Selangor, Mohd Nasir Hamid menjelaskan, pihaknya mewakili penduduk kampung berterima kasih kepada semua pihak yang membantu.

Menurutnya, pihaknya juga berterima kasih kepada Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) yang membersihkan semak sehingga memperlihatkan keindahan bukit peninggalan sejarah itu.

"Bukit pun dah bersih dan cantik...penduduk pun dah tak risau lagi kalau ada isu berbangkit di kawasan itu sebab dah 'terang' sebab sebelum ni jadi port budak ponteng.

Artikel Berkaitan:


"Cuma kami berharap kerja pembersihan ini dapat dilaksanakan berkala dan pemantauan perlu ada bagi mengelakkan isu berulang," katanya.

Beliau berkata demikian selepas membuat tinjauan di kawasan bukit bersebelahan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Tanjong terbabit, hari ini.