Covid-19: Angka jangkitan global lepasi 100 juta

Jangkitan global Covid-19 melepasi 100 juta melibatkan 192 buah negara.
Jangkitan global Covid-19 melepasi 100 juta melibatkan 192 buah negara.
A
A
A

ANGKA kumulatif jangkitan global Covid-19 melepasi 100 juta pada Rabu melibatkan 192 buah negara.

Berdasarkan laporan data Johns Hopkins University, jumlah kes jangkitan yang direkodkan adalah sebanyak 100,221,840 dengan jumlah kematian seluruh dunia 2,155,052.

Amerika Syarikat (AS) masih kekal merekodkan jumlah jangkitan tertinggi dengan 25,434,766 kes disusuli India dengan mencatatkan 10,676,838 kes, diikuti Brazil 8,933,356 kes.

Kemudian, negara yang merekodkan jumlah jangkitan mencecah 3 juta merangkumi negara Russia sebanyak 3,716,228, United Kingdom 3,700,268 dan Perancis 3,138,498 kes.

Negara dengan lebih daripada 2 juta kes iaitu Sepanyol, Itali, Turki, Jerman, Colombia sementara negara-negara lain melebihi 50,000 jangkitan.

Jumlah kes jangkitan global pula mencapai 50 juta pada 8 November 2020 dan jumlah kes meningkat dua kali ganda hanya dalam masa dua setengah bulan.

Artikel Berkaitan: