Ibu bunuh dua anak kerana ilmu hitam

Seorang mayat dijumpai di bilik pemujaan. Alekhya (kiri) dan Sai Divya meninggal dunia dibunuh ibunya. - Foto Times of India
Seorang mayat dijumpai di bilik pemujaan. Alekhya (kiri) dan Sai Divya meninggal dunia dibunuh ibunya. - Foto Times of India
A
A
A

CHITTOOR - Seorang ibu tergamak membunuh dua anak perempuan dengan kejam selepas didakwa mengamalkan ilmu hitam.

Kejadian itu berlaku di daerah Chittoor, Andhra Pradesh, pada Ahad, lapor Indian Express.

Menurut polis, wanita itu, V Padmaja membunuh anak perempuannya Sai Divya, 22, dan Alekhya, 27, setelah melakukan beberapa ritual dan pemujaan.

"Mereka dibunuh dengan kejam menggunakan dumbel (alat senaman) dan tombak bermata tiga. Mayat seorang anak ditemui berhampiran bilik pemujaan mereka dan seorang lagi dijumpai di bilik lain.

"Ayah mereka Dr V Purshottam Naidu berada di rumah ketika kejadian dan tidak menghalang perbuatan isterinya," kata polis.

Kata polis, jiran di Shiva Nagar, mendengar jeritan dari arah rumah terbabit lalu melaporkan kepada pihak polis.

"Ketika tiba di rumah, mereka tidak membenarkan kami masuk namun akhirnya akur. Mereka mengatakan perkara yang pelik dan meminta pasukan polis untuk tidak menyentuh anak perempuan mereka.

"Mereka mendakwa anak-anaknya akan 'bangun' semula. Kedua-dua gadis itu ditemui berlumuran darah dan dibawa ke hospital kerajaan di Madanapalle.

Artikel Berkaitan:

"Polis juga menemui beberapa tanda ritual keagamaan di rumah itu yang menunjukkan pembunuhan kejam berkaitan kepercayaan karut," katanya memetik laporan Times of India.

Difahamkan, Alekhya menamatkan Sarjana Pengurusan Perniagaan dan bekerja di sebuah institusi pengurusan hutan di Bhopal, manakala adiknya menamatkan pengajiannya dalam Pentadbiran Perniagaan serta belajar muzik di Akademi Muzik AR Rahman di Chennai.

Manakala Ibu mangsa itu bekerja sebagai pengetua sekolah, manakala bapanya profesor madya di sebuah kolej.

Sementara itu, Deputi Superintendan Polis Ravi Manohara Chary yang mengetuai siasatan akan menyiasat terperinci kejadian itu dan mengesahkan kedua-dua mangsa pulang ke rumah untuk melawat keluarga.

"Suspek dikatakan berkelakuan aneh sejak perintah berkurung di negara itu akibat Covid-19 dan sentiasa berada di dalam rumah.

"Suspek dibawa ke hospital untuk pemeriksaan lanjut kerana dipercayai mengalami delusi," katanya.