Had umur ahli Parlimen tak patut jadi halangan

Pengasas Parti Muda Malaysia, Dr Thanussha FX (kiri) dan Ketua Puteri UMNO Negeri Sembilan June Artisha Mohamad Nazari (kanan)dalam program Berani Semuka yang disiarkan secara langsung menerusi media sosial Sinar Harian pada Selasa. - Foto Sinar Harian ROSLI TALIB
Pengasas Parti Muda Malaysia, Dr Thanussha FX (kiri) dan Ketua Puteri UMNO Negeri Sembilan June Artisha Mohamad Nazari (kanan)dalam program Berani Semuka yang disiarkan secara langsung menerusi media sosial Sinar Harian pada Selasa. - Foto Sinar Harian ROSLI TALIB
A
A
A

SHAH ALAM – Puteri UMNO menegaskan had umur untuk menjadi ahli Parlimen tidak perlu dijadikan satu halangan atau perkara utama untuk membuat rombakan.

Ketua Puteri UMNO Negeri Sembilan, June Arthisha Mohamad Nazari berkata, ini disebabkan banyak negara tidak mengamalkan had umur maksimum ahli Parlimen mereka.

“Seperti yang kita tahu Presiden Amerika yang baru mengangkat sumpah Joe Biden pun umur lebih 70 tahun,” katanya dalam program bertajuk Berani Semuka: Ahli Parlimen Perlu Ada Had Umur? yang disiarkan secara langsung di media sosial Sinar Harian pada Selasa.

Selain June Arthisha yang mewakili pembangkang dalam program ini, turut ditampilkan salah seorang Pengasas Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda Malaysia), Dr Thannusha FX mewakili kerajaan dan Saiful Nizam Ismail sebagai moderator.

Mengulas lanjut, June Arthisha turut mempersoalkan mengapa ahli Parlimen yang berumur, berkaliber dan terbukti boleh menjalankan tugasnya dengan baik dihalang menjawat jawatan berkenaan

“Kenapa kita nak tetapkan anda 60 tahun berhenti, bagi kepada orang lain pula,” katanya.

Sebaliknya, June Arthisha mencadangkan aspek lain yang perlu diberi perhatian adalah seperti menghadkan jumlah ahli keluarga yang memegang jawatan sebagai ahli Parlimen.

“Sebab ahli Parlimen bukannya kepunyaan keluarga. Bukannya kita nak jadikan satu keluarga itu sahaja yang dapat menguasai parlimen.

Artikel Berkaitan:

“(Selain itu) mungkin juga (dicadangkan) ahli Parlimen yang telah dipilih tidak lagi bertanding di Dewan Undangan Negeri. Itu antara aspek yang kita boleh beri perhatian,” katanya.

Di samping itu, antara cadangan lain dikemukakan oleh June Arthisha adalah sesuatu kawasan yang mahu diwakili itu perlulah mengikut demografi umur penduduk.

“Jika kawasan yang agak pedalaman umurnya mungkin 40 tahun lebih ramai, ahli Parlimennya perlu mengikut umur itu,” katanya.