Anggota polis berdepan 101 lagi pertuduhan rasuah hari ini

Gambar hiasan.
Gambar hiasan.
A
A
A

IPOH - Seorang anggota polis berpangkat konstabel bakal berdepan 101 lagi pertuduhan rasuah yang dikenakan ke atasnya di Mahkamah Sesyen Ipoh di sini pada Rabu.

Tertuduh, Zubairi Abdul Mutalib, 60, berdepan 144 pertuduhan keseluruhan yang mana 43 daripadanya telah pun didakwa pada Selasa.

Bagaimanapun, dia mengaku tidak bersalah atas kesemua pertuduhan yang dibacakan serentak bersama 43 pertuduhan pilihan di hadapan Hakim Priscilla Hemamalini.

Zubairi berpangkat koperal didakwa melakukan kesalahan itu di bawah Seksyen 17 (a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24 (1) akta sama sebagai dorongan untuk tidak mengambil tindakan di bawah Akta Perikanan 1985.

Mengikut pertuduhan kes, Zubari yang bertugas sebagai ketua jentera bot ronda di pengkalan Polis Marin Kampung Acheh, Sitiawan menerima suapan berupa wang tunai daripada Lim Mee Lan antara Mei 2016 hingga Julai 2019 supaya tidak mengambil tindakan terhadap 18 bot nelayan.

ARTIKEL BERKAITAN: Anggota polis hadapi 43 pertuduhan rasuah

Dalam tempoh tersebut, tertuduh menerima suapan antara RM150 sehingga RM4,700 dengan jumlah keseluruhan RM146,350.

Jika sabit kesalahan, hukuman penjara tidak melebihi 10 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda daripada nilai suapan atau RM10,000 atau yang mana lebih tinggi.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, bagi pertuduhan pilihan pula, dia didakwa mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara boleh dipenjara 2 tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.