X

Kindly register in order to view this article
!

Hospital Melaka masih mampu beroperasi walaupun 32 staf positif Covid-19

A
A

MELAKA - Hospital Melaka masih mempunyai cukup kakitangan untuk mengendalikan operasinya termasuk kes Covid-19 meskipun 32 kakitangan hospital itu didapati positif wabak berkenaan, kata Exco Kesihatan dan Antidadah negeri, Datuk Rahmad Mariman.

Rahmad berkata, Hospital Melaka masih mempunyai kakitangan untuk menggantikan tempat kakitangan yang didapati positif itu.

Menurutnya, kesemua 32 kakitangan Hospital Melaka itu dikesan positif Covid-19 di bawah saringan Kluster Bukit Palah dan siasatan awal mendapati jangkitan berpunca daripada seorang pesakit dari Jempol, Negeri Sembilan yang dijangkiti wabak berkenaan dan mendapat rawatan di institusi perubatan tersebut.

"Sehingga 12 tengah hari semalam (Isnin), sebanyak 168 individu yang merupakan kontak rapat yang dijangkiti telah disaring dengan 55 daripadanya masih belum mendapat keputusan," katanya ketika ditemui pemberita di sini pada Selasa.

Katanya, kini Melaka mempunyai 15 kluster dan jumlah positif Covid-19 di negeri itu sehingga Isnin ialah sebanyak 3,078 kes dengan 1,299 kes aktif dan lapan kematian direkodkan.

Dalam perkembangan lain, Rahmad berkata, dua pelajar Tingkatan Lima masing-masing dari sekolah asrama di Bukit Piatu di sini dan sekolah berasrama penuh di Jasin didapati positif Covid-19. - Bernama


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!