PGA tahan dua lelaki cuba seludup daging ayam beku

PGA Batalion 9 Kuala Terengganu berjaya mematahkan cubaan menyeludup 570 kotak berisi daging ayam beku dalam serbuan di sebuah premis dekat Kampung Limau Purut, Rantau Panjang.
PGA Batalion 9 Kuala Terengganu berjaya mematahkan cubaan menyeludup 570 kotak berisi daging ayam beku dalam serbuan di sebuah premis dekat Kampung Limau Purut, Rantau Panjang.
A
A
A

RANTAU PANJANG - Anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 9 Kuala Terengganu menahan dua lelaki yang cuba menyeludup daging ayam beku bernilai RM85,500 dalam serbuan di sebuah premis dekat Kampung Limau Purut di sini pagi Selasa.

Serbuan jam 6 pagi itu dilakukan hasil maklumat awam berkait dengan aktiviti penyeludupan.

Pegawai Pemerintah PGA Batalion 9, Superintendan Nor Azizan Yusoff berkata, bertindak atas maklumat sepasukan anggota PGA telah ke lokasi tersebut untuk membuat serbuan.

"Sejurus tiba, kami dapati sebuah lori berada dalam keadaan mencurigakan telah disembunyikan di belakang sebuah rumah

"Pemeriksaan dilakukan ke atas lori itu menemui 570 kotak berisi daging ayam beku," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Selasa.

Menurutnya, PGA turut menahan dua lelaki berusia 27 dan 19 tahun bagi membantu siasatan.

Beliau berkata, kesemua barangan kes akan diserahkan kepada Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) Kelantan untuk tindakan lanjut.

Katanya, kes akan disiasat di bawah Seksyen 11(1) Akta Maqis 2011.

Artikel Berkaitan:

"Kesemua daging ayam beku itu dipercayai diseludup masuk dari negara jiran melalui pangkalan haram untuk pasaran luar Kelantan.

"Nilai keseluruhan rampasan termasuk lori adalah sebanyak RM135,500," katanya.