X

Kindly register in order to view this article
!

Polis tahan lelaki miliki senjata api

Polis memburu seorang lagi suspek dikenali sebagai Ramen.
A
A

ISKANDAR PUTERI - Polis menahan seorang lelaki dan merampas sepucuk pistol, selaras senapang dan empat butir peluru selepas menyerbu sebuah rumah di Taman Pulai Indah, Kangkar Pulai dekat sini pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Dzulkhairi Mukhtar berkata, lelaki berusia 28 tahun itu ditahan pada jam 8.10 malam selepas mendapat maklumat dan hasil risikan.

"Dalam serbuan itu pihak polis melakukan enam rampasan iaitu sepucuk pistol jenis Rev.38 SPL 2 inci, satu laras senapang angin buatan sendiri, sebutir peluru jenis SME 9mm dan tiga butir peluru.38 Spl dalam chamber.

"Suspek mempunyai satu rekod jenayah lampau atas kesalahan dadah. Ujian saringan air kencing mendapati positif dadah jenis methamphetamine," katanya.

Polis merampas selaras senapang angin buatan sendiri dan sepucuk pistol selepas menyerbu sebuah rumah di Taman Pulai Indah, Kangkar Pulai, Iskandar Puteri pada Ahad.
Polis merampas selaras senapang angin buatan sendiri dan sepucuk pistol selepas menyerbu sebuah rumah di Taman Pulai Indah, Kangkar Pulai, Iskandar Puteri pada Ahad.

Menurutnya, suspek ditahan reman selama tujuh hari mulai 25 sehingga 31 Januari untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 8 Akta Senjata Api (penalti lebih berat) 1971 dan Seksyen 36(1) Akta Senjata 1960.

Katanya, kini polis masih mengesan seorang suspek yang masih bebas dikenali sebagai Ramen atau nama sebenarnya Mohd Rahmin Ahmat, 33, beralamat No 30-A, Jalan Pengkalan Rinting, Batu 5, Tampoi, Johor Bahru.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai lelaki berkenaan diminta menghubungi balai polis berdekatan," katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!