Kes lelaki positif Covid-19: Polis tunggu arahan lanjut timbalan pendakwa raya

Hantaran di media sosial baru-baru ini seorang individu mendakwa dirinya disahkan positif Covid-19 telah keluar ke tempat awam.
Hantaran di media sosial baru-baru ini seorang individu mendakwa dirinya disahkan positif Covid-19 telah keluar ke tempat awam.
A
A
A

SHAH ALAM - Polis sedang menunggu arahan lanjut daripada Timbalan Pendakwa Raya (TPR) berhubung kes seorang lelaki yang tular di media sosial mendakwa dirinya keluar ke tempat umum sedangkan mendakwa disahkan positif Covid-19.

Pemangku Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed berkata, hasil siasatan telah berjaya mengenal pasti individu berkenaan.

"Kertas siasatan telah dilengkapkan dan diserahkan kepada pihak Timbalan Pendakwa Raya (TPR). Kita tunggu arahan lanjut daripada mereka (TPR) untuk tindakan susulan," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Selasa.

Pada Ahad lalu, Arjunaidi mengesahkan pihaknya menerima satu laporan polis yang dibuat oleh seorang kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berhubung isu terbabit.

Arjunaidi
Arjunaidi

Kes disiasat di bawah Seksyen 12 (1) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) serta Seksyen 269 Kanun Keseksaan.

Terdahulu, terdapat satu hantaran di media sosial Facebook baru-baru ini dipercayai dimuat naik oleh seorang lelaki yang memaklumkan dirinya disahkan positif Covid-19 selepas melakukan saringan di sebuah klinik di Pandan Perdana, Ampang, Selangor pada 20 Januari lalu.

Lelaki itu kemudian mendakwa dia bagaimanapun tidak dihubungi Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Langat selepas tiga hari disahkan positif.

Artikel Berkaitan:

Dalam nada marah, lelaki itu memberitahu sepanjang tempoh berkenaan, dia bebas keluar rumah termasuk membeli makanan dan membeli-belah sekali gus menyebarkan virus itu kepada orang ramai.