X

Kindly register in order to view this article
!

Rodgers resah kecederaan pertahanan Leicester City

Rodgers
A
A

PENGENDALI Leicester City Brendan Rodgers bingung untuk menyenaraikan pemain pertahanan terbaiknya menjelang aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) berdepan Everton di Stadium King Power, awal pagi Khamis nanti.

Rodgers berkata, masalah kecederaan yang dialami sebahagian besar pemain ketika ini menyukarkannya untuk membuat pilihan bagi menurunkan pemain yang bersesuaian di benteng pertahanan The Foxes.

Bagaimanapun menurutnya, masalah berkenaan secara keseluruhannya bakal memberikan peluang kepada pemain-pemain lain khususnya pemain simpanan untuk diturunkan pada perlawanan berkenaan.

“Ketika ini kita berdepan dengan masalah terutamanya masalah kecederaan pemain terutamanya pemain di posisi pertahanan.

“Namun setidak-tidaknya, mereka tahu bahawa khidmat mereka (pemain cedera) diperlukan pasukan ketika ini.

“Apa pun ini membuktikan kita tidak akan menurunkan kesebelasan yang sama di sepanjang musim dan memberikan peluang kepada pemain-pemain yang selama ini hanya memanaskan bangku simpanan untuk diturunkan; untuk itu mereka perlu bersedia,” katanya.

Sementara itu Rodgers berkata, pihaknya juga cuba untuk mengketengahkan seorang pemain selaku kapten The Foxes.

Katanya, antara kriteria yang diperlukan adalah seorang pemain yang mampu untuk ‘bersuara’ ketika beraksi di padang selain dihormati pemain-pemain lain.

“Kita cuba untuk mengketengahkan pemain seperti ini dalam pasukan ketika ini dan saya gembira dengan apa yang saya saksikan.

“Contohnya, Youri Tielemans dilihat memahami apa yang saya perlukan manakala James Maddison juga turut menunjukkan ciri-ciri kepimpinan yang baik,” katanya.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!