Covid-19: Terengganu catat kadar kebolehjangkitan tertinggi
KUALA LUMPUR - Terengganu mencatatkan kadar kebolehjangkitan (Rt) harian tertinggi di negara ini iaitu pada 1.36 setakat Isnin, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.
Berdasarkan infografik yang dikongsikan menerusi akaun Twitter beliau, Melaka merekodkan Rt kedua tertinggi pada 1.28, diikuti Sarawak (1.25), Putrajaya (1.19), Perak (1.17), Kedah (1.15), Perlis (1.15), Kuala Lumpur (1.12), Labuan (1.11) Pahang (1.1), Selangor (1.1) dan Kelantan (1.09).
Johor, Sabah, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang pula merekodkan Rt paling rendah, masing-masing pada 1.04, 1.03, 1.01 dan 1.0.
Rt untuk seluruh negara pula ialah 1.04, katanya. - Bernama
Kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt pada jangkaan mengikut kes seharian pada 25 Januari 2021 untuk seluruh negara adalah 1.04. Manakala pecahan mengikut negeri adalah seperti di lampiran. pic.twitter.com/4dAxb6SnFF
— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) January 26, 2021
Kes Covid-19 di Pulau Pinang menurun
Perak rekod 1,089 kes Covid-19 dalam tempoh dua minggu
Empat kes Covid-19 dikesan di PPS Johor
Covid-19: Pemakaian pelitup muka masih digalakkan di sekolah
[VIDEO] Dua kali ditangkap khalwat, janda didenda RM4,000, enam sebatan
Lohong hitam terbesar dikesan, 33 kali lebih besar daripada matahari
Lelaki 'kantoi' tujuh tahun pandu BMW X6 tanpa cukai jalan
Longgokan senjata api lama masuk ke pasaran gelap Malaysia