Rondaan, Pemantauan Keselamatan

No Image Caption
A
A
A
Anggota polis ketika bertugas membuat rondaan dan pemantauan keselamatan di sekitar jeti dan kawasan pendaratan bot di Pusat Bandar Labuan hari ini. Operasi rutin itu bertujuan bagi memastikan tiada pendaratan yang dilakukan tanpa melalui saringan kesihatan dalam usaha mengekang penularan jangkitan COVID-19 di pulau ini. Perjalanan merentas sempadan serta tindakan kru kapal yang menggunakan jeti haram untuk memasuki kawasan berkenaan merupakan antara punca peningkatan mendadak jumlah kes positif COVID-19 di Labuan. - Foto Bernama
Artikel Disyorkan