Kaji semula jadual Liga-M

LIGA Bola Sepak Malaysia (MFL) diharap dapat menilai kembali jadual penganjuran Liga Malaysia (Liga-M) 2021 susulan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ketika ini.
LIGA Bola Sepak Malaysia (MFL) diharap dapat menilai kembali jadual penganjuran Liga Malaysia (Liga-M) 2021 susulan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ketika ini.
A
A
A

LIGA Bola Sepak Malaysia (MFL) diharap dapat menilai kembali jadual penganjuran Liga Malaysia (Liga-M) 2021 susulan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ketika ini.

Pengurus Selangor FC, Mahfizul Rusydin Abdul Rashid berkata, pasukan dari Lembah Klang itu turut terkesan kerana tidak dapat membuat persiapan rapi menjelang saingan Liga-M yang bakal bermula pada 28 Februari depan.

“Kami harap MFL dapat melihat kembali jadual liga. Saya rasa bukan Selangor FC sahaja yang terkesan, tetapi pasukan lain juga sama terutama dalam membuat persiapan pasukan. Kalau dianjakkan permulaan liga pun bagus.

“Lagipun, liga akan bermula sebulan lagi dengan tempoh PKP kita sendiri tidak tahu akan disambung atau ditamatkan selepas 4 Februari nanti. Jadi kami mengharapkan MFL dapat mengkaji semula perkara ini,” katanya kepada Sinar Harian pada Isnin.

Terdahulu, MFL tidak menolak kemungkinan untuk menangguhkan saingan liga musim ini berikutan angka kes Covid-19 terus meningkat selain kemungkinan PKP akan dilanjutkan.

Difahamkan, keputusan mengenai perjalanan liga sama ada akan ditunda atau berjalan seperti biasa akan diputuskan Lembaga Pengarah MFL dalam masa terdekat.

Mahfizul turut menjelaskan, pasukan terutama para pemain akan berdepan kesan buruk sekiranya saingan liga tetap berlangsung tanpa tempoh persiapan yang mencukupi.

“Kesemua pemain tidak mempunyai persiapan yang cukup terutama tidak boleh berlatih secara kontak. Ini akan menjurus kepada kecederaan yang sekali gus akan merugikan pasukan dan menjejaskan mutu permainan itu sendiri.

Artikel Berkaitan:

“Malah, ia juga terjadi dengan contoh dalam beberapa di liga luar negara apabila pemain mudah mengalami kecederaan akibat kekurangan persediaan.

“Namun, apa jua keputusan nanti kami akan akur. Kita juga mengikut kehendak Majlis Keselamatan Negeri (MKN) dan Kementerian Kesihatan (KKM) dengan kesihatan semua pihak adalah sebagai keutamaan,” ujarnya.