KSN jalani kuarantin, sidang media Pengurusan Darurat dibatalkan

Mohd Zuki memaklumkan perlu menjalani kuarantin kendiri sehingga hujung bulan menerusi Instagram peribadinya.
Mohd Zuki memaklumkan perlu menjalani kuarantin kendiri sehingga hujung bulan menerusi Instagram peribadinya.
A
A
A

SHAH ALAM - Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali kini menjalani kuarantin kendiri selepas salah seorang kontak rapatnya didapati positif Covid-19 pada 22 Januari lalu.

Mohd Zuki berkata, beliau akan menjalani kuarantin sehingga 31 Januari ini atas nasihat daripada Kementerian Kesihatan (KKM).

"Bagaimanapun, situasi itu tidak akan mengganggu urusan pentadbiran perkhidmatan awam kerana saya akan terus melaksanakan amanah ini dengan bekerja dari rumah bagi mesyuarat-mesyuarat yang dipengerusikan atau dihadiri oleh saya.

"Namun sidang media Pengurusan Darurat yang sepatutnya diadakan pada petang ini terpaksa dibatalkan," tulisnya di Instagram beliau pada Selasa.

Katanya, walaupun sidang media itu dibatalkan, beliau tetap akan mengeluarkan kenyataan media berkenaan mekanisme pentadbiran Pengurusan Darurat.

Terdahulu, Mohd Zuki dijangka mengadakan sidang media Pengurusan Darurat yang akan disiarkan secara langsung pada jam 2.30 petang hari ini.

Artikel Berkaitan: