26 LRA gagal beroperasi sepanjang banjir di Pahang

Peningkatan paras air sungai yang menenggelamkan LRA dan peralatannya menyebabkan sebanyak 26 loji gagal beroperasi sepanjang banjir di Pahang. - Foto 123RF
Peningkatan paras air sungai yang menenggelamkan LRA dan peralatannya menyebabkan sebanyak 26 loji gagal beroperasi sepanjang banjir di Pahang. - Foto 123RF
A
A
A

KUANTAN - Sebanyak 26 Loji Rawatan Air (LRA) gagal beroperasi dalam kejadian banjir yang melanda negeri Pahang baru-baru ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP), Saiful Zaini Mohd Bokhari berkata, ia berikutan peningkatan paras air sungai yang menenggelamkan LRA dan peralatannya.

Menurutnya, ada LRA gagal beroperasi disebabkan terputus bekalan elektrik dan kejadian tanah runtuh di beberapa kawasan yang menyebabkan jajaran paip terputus atau pecah.

"Dalam melaksanakan kerja-kerja pemulihan bekalan air kepada pengguna, PAIP telah menerima bantuan daripada pelbagai pihak termasuk agensi kerajaan, syarikat operator air dan pihak badan bukan kerajaan (NGO).

"Antara agensi yang tampil membantu Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Pasukan Gerakan Am (PGA), Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor), Ranhill SAJ, Syarikat Air Negeri Sembilan (SAINS) dan Syarikat Air Darul Aman (SADA)," katanya melalui satu kenyataan pada Selasa.

Saiful Zaini berkata, bantuan turut diterima daripada Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB), Lembaga Air Perak (LAP), Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) dan Ikatan Muslimin Malaysia (Isma).

"Bantuan yang dihulurkan itu telah membantu melancarkan usaha yang dijalankan pihak PAIP untuk mempercepatkan agihan bekalan air kepada pengguna yang terjejas.

"Pihak PAIP turut menerima bekalan air minuman sepanjang tempoh bencana banjir yang telah berlaku baru-baru ini," katanya yang turut berharap jalinan kerjasama baik terjalin antara pelbagai pihak dapat diteruskan pada masa akan datang.

Artikel Berkaitan: