Isteri tikam suami gara-gara gambar 'wanita muda'

Leonora ditahan polis selepas menikam suaminya. - Foto Daily Star
Leonora ditahan polis selepas menikam suaminya. - Foto Daily Star
A
A
A

SONORA - Akibat cemburu buta, seorang isteri bertindak menikam suaminya setelah melihat gambar lelaki itu bersama wanita lain.

Bagaimanapun sangkaannya meleset apabila wanita di dalam gambar itu sebenarnya adalah dirinya sendiri dalam tempoh beberapa tahun lalu.

Menerusi Daily Star, kejadian tragis itu dilaporkan berlaku di Cajeme, Sonor, Mexico pada Jumaat.

Wanita dikenali sebagai Leonora N telah diberkas polis kerana mencederakan suaminya, Juan N.

Kata polis, Leonora bertindak sedemikian setelah menyangka suaminya berlaku curang kerana menemukan beberapa keping gambar Juan bersama seorang wanita 'lebih muda' di telefon bimbitnya.

Juan menjelaskan, isterinya hanya salah faham dan gambar itu adalah gambar lama mereka ketika keluar bercinta buat pertama kali yang kemudian didigitalkan sebelum dimuat naik dalam telefon.

Dalam gambar itu, Leonora kelihatan cantik, lebih muda, kurus dan memakai solekan.

Polis menahan Leonora selepas menerima laporan daripada jiran setelah mendengar pergaduhan mereka berdua.

Artikel Berkaitan:

"Juan alami kecederaan pada kaki dan lengan setelah ditikam isteri," katanya.