Hussamuddin bincang isu rasuah dalam rancangan Perspektif

Hussamuddin akan menjadi tetamu dalam rancangan bual bicara ‘Perspektif Datuk Hussamuddin Yaacub’ yang akan disiarkan secara langsung pada Selasa jam 8.30 malam di saluran 501 dan Astro Go.
Hussamuddin akan menjadi tetamu dalam rancangan bual bicara ‘Perspektif Datuk Hussamuddin Yaacub’ yang akan disiarkan secara langsung pada Selasa jam 8.30 malam di saluran 501 dan Astro Go.
A
A
A

SHAH ALAM – [DIKEMAS KINI] Pengerusi Lembaga Pengarah Kumpulan Karangkraf, Datuk Dr Hussamuddin Yaacub akan menjadi tetamu jemputan dalam rancangan bual bicara terbitan Astro Awani.

Program ‘Perspektif Datuk Hussamuddin Yaacub, Jihad Perangi Rasuah'’ itu akan disiarkan secara langsung pada Selasa jam 8.30 malam di saluran 501 dan Astro Go.

Program itu akan membincangkan kempen atau gerakan yang dinamakan Sinar Untuk Malaysia #KarakterNilaiMoralBangsa bagi bagi membantu mengekang gejala rasuah yang semakin berleluasa di negara ini.

Di bawah kempen itu juga, Sinar Harian Busters turut dilancarkan sebagai pembuka laluan bagi mengajak rakyat bangkit membanteras rasuah.

Idea gerakan memulihkan moral bangsa tercetus dengan melihat kereputan sistem nilai, integriti dan 'bad governance' dalam negara ketika ini.

Kempen itu juga berjaya mendapat respons positif daripada pelbagai pihak termasuk bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beberapa pemimpin politik daripada parti berbeza turut menyatakan sokongan terhadap usaha memerangi rasuah.

Artikel Berkaitan: