Suami isteri dera amah didakwa Jumaat ini

No Image Caption
A
A
A

KUALA LUMPUR - Pasangan suami isteri yang disyaki mendera seorang amah warga Indonesia pada 24 November lalu akan didakwa di Mahkamah Seksyen Jalan Duta di sini pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 13 Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 dan 326 Kanun Keseksaan.

"Timbalan Pendakwa Raya telah memaklumkan tarikh pertuduhan pasangan itu pada Jumaat ini di Mahkamah Jalan Duta," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Pada 24 November lalu, sepasukan polis dari Bukit Aman telah membuat serbuan ke atas sebuah rumah di Taman Batu di sini.

Hasil serbuan, polis telah menahan sepasang suami isteri berusia lingkungan 42 tahun yang dipercayai telah mendera amah tersebut.

Eng Lai berkata, polis turut merampas beberapa alatan yang dipercayai digunakan untuk mendera mangsa.

"Kedua-dua suspek direman selama 10 hari di Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul untuk membantu siasatan.

"Mangsa telah dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk menerima rawatan dan pemulihan serta diberikan pelindungan selepas mendapat IPO (Interim Protection Order) daripada Mahkamah," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN:Suami isteri dera amah guna gunting, periuk ditahan

Artikel Berkaitan: