X

Kindly register in order to view this article
!

Presiden MIC cabar MB Kedah tanding kerusi campuran

Gambar dari kiri: Sanusi, Vigneswaran
A
A

SHAH ALAM - Presiden MIC, Tan Sri S A Vigneswaran mencabar Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor supaya bertanding di kerusi campuran pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Beliau berkata, sikap angkuh Muhammad Sanusi merupakan antara punca ramai orang meninggalkan Pas dan membentuk Parti Amanah Negara (Amanah).

"Tidak ada parti serpihan daripada MIC sejak 30 tahun lalu walaupun terdapat banyak isu. Isu terakhir mempengaruhi banyak pengundi, bahkan pengundi Melayu yang secara tradisional memberikan sokongan mereka kepada BN tetapi tidak melakukannya pada PRU14.

"Menteri Besar ini pula tidak bertimbang rasa seolah-olah Pas sendiri membentuk pemerintahan di Kedah," katanya menurut laporan portal Malaysiakini pada Isnin.

Terdahulu, Muhammad Sanusi dilaporkan berkata, beliau 'malas layan' amaran Vigneswaran yang didakwa tidak mahu menyokongnya pada PRU15.

Beliau turut mendakwa, kebanyakan ahli MIC menyokong Pakatan Harapan (PH) pada PRU14.

Malah, Muhammad Sanusi juga menyatakan bahawa MIC hanya tinggal satu kerusi saja dan dilihat lebih memerlukan undi daripada pengundi bukan India.

ARTIKEL BERKAITAN: Batal cuti Thaipusam bukan nafi hak, kata Muhammad Sanusi

Sementara itu, Vigneswaran berkata. sikap Muhammad Sanusi itu hanya akan membuat pengundi berasa terasing.

"Saya dapat memahami dengan jelas mengapa dan bagaimana Amanah dibentuk kerana orang seperti MB Kedah yang sombong serta tidak mempunyai keberanian untuk bertanding di kawasan bukan Melayu.

"MIC dan MCA masih akan bertanding dan mengambil risiko. Untuk menunjukkan betapa terkenal dan hebatnya beliau, saya mencabar Muhammad Sanusi untuk bertanding di kerusi campuran dan melihat bagaimana pengundi menyokongnya," katanya.

Sebelum ini, Vigneswaran mendakwa Muhammad Sanusi sebagai pemimpin tidak berpengalaman dan tidak mempunyai kemampuan untuk 'bersosial' dengan kaum lain.

Kenyataan berbalas antara mereka juga berpunca selepas Muhammad Sanusi memaklumkan keputusan kerajaan negeri Kedah sebelum ini untuk tidak mengisytiharkan perayaan Thaipusam sebagai cuti peristiwa di Kedah.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!