X

Kindly register in order to view this article
!

MAIK benarkan 50 jemaah untuk solat Jumaat

Gambar hiasan - Foto fail Bernama
A
A

KOTA BHARU - Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) membenarkan jumlah jemaah untuk solat Jumaat dilonggarkan kepada 50 orang dalam satu masa sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di negeri ini.

Yang Dipertua MAIK, Tengku Tan Sri Mohamad Rizam Tengku Abdul Aziz berkata, Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V memberi perkenan agar pelaksanaan prosedur operasi standard (SOP) solat Jumaat dan solat fardu dilanjutkan sehingga 4 Februari ini.

"Jumlah 50 jemaah itu melibatkan solat Jumaat di masjid negeri, bandar, jajahan dan mukim.

"Untuk solat fardu pula, untuk di masjid negeri dan mukim, jumlah dibenarkan tidak melebihi 12 orang jemaah termasuk Imam Tua, Imam Muda, Bilal, Siak dan Ahli Jawatankuasa sahaja.

"Untuk di surau dan musalla, hanya lima orang ahli jemaah sahaja dibenarkan termasuk Imam, Bilal dan ahli jemaah yang terpilih.

"SOP pelaksanaan solat Jumaat dan solat fardu dikekalkan sebagaimana telah dikeluarkan sebelum ini," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Beliau berkata, MAIK juga amat berharap kerjasama daripada semua pihak dalam melaksanakan ketetapan tersebut dan SOP dinyatakan perlulah dipatuhi sepenuhnya oleh pihak pengurusan masjid, surau dan musolla.

Beliau berkata, tindakan sewajarnya akan diambil di atas kegagalan untuk mematuhi SOP berkenaan.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!