Zulkifli arah bantu segera tukang urut buta

Artikel Sinar Harian yang dikongsi Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkait kisah kesetiaan seorang isteri mengharungi kesempitan hidup di sisi suami yang buta sebagai pasangan tukang urut di Kampung Talang, Kadok, Ketereh, Kota Bharu.
Artikel Sinar Harian yang dikongsi Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkait kisah kesetiaan seorang isteri mengharungi kesempitan hidup di sisi suami yang buta sebagai pasangan tukang urut di Kampung Talang, Kadok, Ketereh, Kota Bharu.
A
A
A

KOTA BHARU - Kisah kesetiaan seorang isteri mengharungi kesempitan hidup di sisi suami yang buta sebagai pasangan tukang urut di Kampung Talang, Kadok, Ketereh di sini yang disiarkan Sinar Harian pada Ahad mendapat perhatian Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

Beliau yang prihatin terhadap kesukaran hidup diharungi pasangan itu mengarahkan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) untuk bertemu pasangan warga emas tersebut.

“Sebentar tadi saya di ‘tag’ di Twitter berkenaan kisah pasangan tukang urut orang kelainan upaya (OKU) penglihatan ini.

“Saya meminta Yadim sampaikan bantuan segera,” katanya menerusi perkongsian di laman sosial Facebooknya pada Isnin dan turut berkongsi siaran kisah pasangan itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Tukang urut jalan kaki 20km demi sesuap nasi

Kata beliau lagi, pihaknya akan meneliti bentuk bantuan lain yang sesuai untuk pasangan itu dan akan dilakukan dengan kerjasama pihak berkuasa agama negeri.

Akhbar Sinar Harian pada Ahad melaporkan perjalanan hidup diharungi ibu lima anak, Fatimah Salleh, 58, yang setia sebagai penunjuk arah kepada suaminya, Wan Mohamed Jaafar, 78, OKU buta kedua-dua belah mata sejak 1998 kerana terkena habuk simen sewaktu bekerja sebagai tukang rumah.

Mereka bersama-sama mencari punca rezeki sebagai tukang urut dengan pendapatan antara RM5 sehingga RM30 setiap kali mengurut pelanggan.

Artikel Berkaitan:

Pasangan warga emas itu juga terpaksa berjalan kaki sejauh 20 kilometer (km) pada setiap hari bagi mencari pelanggan atau berkunjung dari rumah ke rumah pelanggannya.

Orang ramai yang ingin menghulurkan bantuan boleh menyalurkan ke akaun Bank Simpanan Nasional (BSN) Wan Mohamed Jaafar 03010-41-00034954-2 atau hubunginya di talian 019-8232613.