Umpan kotak sebelum samun

Polis merampas pelbagai barangan di sebuah rumah di Pandan Indah, Kuala Lumpur pada Ahad.
Polis merampas pelbagai barangan di sebuah rumah di Pandan Indah, Kuala Lumpur pada Ahad.
A
A
A

AMPANG - Polis memberkas seorang lelaki di Pandan Indah di sini pada Ahad kerana disyaki menyamun seorang warga asing yang sedang mencari kotak sebagai pendapatan sampingan.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, dalam kejadian kira-kira jam 4.35 petang itu, mangsa yang sedang mencari kotak telah didatangi seorang lelaki.

Beliau berkata, lelaki itu memberitahu di dalam rumahnya terdapat banyak kotak dan mengajak mangsa mengambilnya.

"Ketika mangsa masuk ke dalam sebuah rumah, suspek telah mengacukan pisau dan mengambil beg mangsa yang mengandungi wang tunai," katanya melalui satu kenyataan pada Isnin.

Mohamad Farouk berkata, polis menerima panggilan orang awam yang melaporkan mengenai kejadian samun di kawasan berkenaan.

Mohamad Farouk
Mohamad Farouk

"Sepasukan anggota dan pegawai dari Jabatan Siasatan Jenayah Ampang Jaya kemudian memberkas suspek berusia 32 tahun di rumah tersebut.

"Kita merampas sehelai baju T berwarna putih, seluar pendek berwarna hitam, sebilah pisau dan wang tunai berjumlah RM53," katanya.

Artikel Berkaitan:

Beliau berkata, semakan mendapati suspek mempunyai lapan rekod jenayah berkaitan kes samun, pecah rumah, curi, ugutan jenayah, mencederakan orang, selain dua rekod dadah.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 392/397 Kanun Keseksaaan iaitu samun bersenjata yang mana jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara selama tempoh 14 tahun dan boleh juga dikenakan sebat," katanya.