Kain rentang minta Zahid undur bukan kerja kami!

Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Kuala Kangsar membuat laporan polis di IPD Kuala Kangsar pada Isnin.
Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Kuala Kangsar membuat laporan polis di IPD Kuala Kangsar pada Isnin.
A
A
A

IPOH - UMNO Bahagian Kuala Kangsar membuat laporan polis berhubung dua kain rentang yang digantung di beberapa kawasan di negeri ini bagi mendesak Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi supaya meletak jawatan sebagai Presiden UMNO.

Ketuanya, Maslin Sham Razman berkata, kain rentang yang tertera nama UMNO Bahagian Kuala Kangsar itu mula tular lewat petang Ahad, bagaimanapun kedua-duanya dipasang di kawasan Parlimen Padang Rengas dan bukan Parlimen Kuala Kangsar.

Maslin Sham
Maslin Sham

Menurutnya, perbuatan tersebut menunjukkan kejahilan pihak yang cuba memfitnah serta membuat provokasi itu kerana tidak memahami landskap politik apabila tidak tahu membezakan antara kawasan Parlimen Kuala Kangsar dan Padang Rengas.

"Kita menafikan sekeras-kerasnya bahawa kain rentang berkenaan dinaikkan oleh UMNO Kuala Kangsar. Saya harap polis atau pihak berkuasa dapat membuat siasatan dan menangkap dalang menaikkan kain rentang yang disifatkan sebagai keji bertujuan merosakkan perpaduan UMNO bukan sahaja di Kuala Kangsar tetapi di seluruh negara.

ARTIKEL BERKAITAN: UMNO Tanjung Malim nafi desak Ahmad Zahid berundur

"Semua UMNO bahagian di negara ini perlu berwaspada dengan tindakan tidak bertanggungjawab ini. Mereka dilihat cuba untuk merosakkan perpaduan dan imej parti," katanya kepada pemberita selepas wakil UMNO Bahagian Kuala Kangsar membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Kangsar di sini pada Isnin.

Maslin Sham berkata, dalang di sebalik kain rentang yang digantung itu cuba menunjukkan bahawa UMNO mengamalkan politik tidak sihat, sedangkan perkara itu tidak berlaku.

Artikel Berkaitan:

Foto gegantung yang mendesak Presiden UMNO letak jawatan tular yang dipasang pada papan tanda Felda Besout pada Ahad.
Foto gegantung yang mendesak Presiden UMNO letak jawatan tular yang dipasang pada papan tanda Felda Besout pada Ahad.

Menurutnya, UMNO Bahagian Kuala Kangsar sentiasa percaya dengan semangat berjemaah, menghormati serta melindungi institusi UMNO dan institusi Presiden.

Sejak Ahad, tular gambar kain rentang mendesak Ahmad Zahid meletak jawatan sebagai Presiden UMNO yang dipasang di beberapa lokasi di negeri ini.

Selain di Kuala Kangsar, kain rentang sama turut dipasang di kawasan Felda Besout dalam kawasan Parlimen Tanjung Malim.

Bagaimanapun, Pemangku UMNO Bahagian Tanjung Malim, Mohd Zaidi Aziz menafikan perkara itu, malah satu laporan polis turut dibuat pada Ahad.