Pharmaniaga pilih Oracle Cloud SCM sebagai rakan niaga

Pharmaniaga
Pharmaniaga
A
A
A

PHARMANIAGA Bhd (Pharmaniaga) memilih Oracle Fusion Cloud Supply Chain & Manufacturing (SCM) sebagai rakan niaga bagi meningkatkan proses logistik dalam persiapan untuk mengedarkan vaksin Covid-19 di negara.

Pengarah Logistik dan Pengedaran Pharmaniaga, Abdul Malik Mohamed berkata, syarikat berkenaan dapat mengautomasi perancangan dan pelaksanaan serta mencapai penghantaran masa nyata bagi meningkatkan kecekapan dan keselamatan operasi logistiknya.

Tambah beliau, pihaknya juga memerlukan platform logistik berasaskan awan (cloud) untuk mengautomasikan proses manual dan meningkatkan kebolehkesanan serta keselamatan rangkaian perkhidmatan sejuk.

“Menerusi aplikasi Internet Kebendaan (IoT) dan logistik Oracle Cloud SCM, syarikat ini berada pada landasan terbaik untuk menyampaikan vaksin Covid-19 dengan cekap dan selamat di seluruh negara.

"Kami telah menyampaikan vaksin ke kemudahan kesihatan di Malaysia lebih 25 tahun dan memiliki rantaian infrastruktur sejuk yang kukuh, namun kami perlu mengurangkan proses manual untuk mencapai monumental dalam pengedaran vaksin Covid-19," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Beliau berkata, dengan menawarkan penyelesaian yang memperkasakan perancangan dan membuat keputusan masa nyata seperti Pengurusan Pengangkutan Oracle dan Aplikasi IoT Pintar, syarikat berkenaan berupaya membantu pelanggan mengenal pasti peluang baharu, memikirkan semula proses dan rancangan serta melaksanakan seluruh perniagaan.

Menurutnya, pelaksanaan pengurusan pengangkutan Oracle membolehkan Pharmaniaga mengautomasi perancangan logistik dan melaksanakan serta meningkatkan kecekapan.

“Aplikasi seperti IoT Pintar Oracle dapat membantu memantau suhu kargo dan laluan kenderaan untuk mengesahkan kualiti produk dan meningkatkan keselamatan,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, Naib Presiden Perisian sebagai Perkhidmatan Oracle Malaysia, Jasbir Singh berkata, permintaan yang belum pernah berlaku sebelum ini bagi vaksin Covid-19 bakal menimbulkan kerumitan dalam rantaian sejuk.

"Menyelaras proses logistik dan meningkatkan pengesanan penghantaran dengan Oracle Cloud SCM, ia membolehkan Pharmaniaga menghadapi cabaran ini dan meningkatkan operasinya untuk menyokong pelan imunisasi 32 juta penduduk Malaysia," katanya.