Mesir mulakan kempen vaksinasi Covid-19

Foto 123RF
Foto 123RF
A
A
A

ISTANBUL - Mesir pada Ahad memulakan kempen vaksinasi Covid-19 untuk rakyat negara itu, kata Kementerian Kesihatan lapor Agensi Anadolu.

Kumpulan pertama vaksin Sinopharm China diberikan kepada profesional kesihatan di sebuah hospital kuarantin di wilayah timur laut Ismailia dan beberapa hospital lain, memetik kenyataan kementerian itu.

Selepas itu suntikan dos pertama akan diberikan kepada warga emas, pesakit kronik dan lain-lain,

Menurut kenyataan itu, mereka mempunyai kemampuan untuk menyimpan 140 juta dos vaksin dan akan memberikan 100 juta dos kepada orang ramai.

Mesir mencatatkan lebih 161,800 jangkitan, dengan angka kematian melebihi 8,900 dan lebih 126,000 pesakit yang telah sembuh, menurut Johns Hopkins University. - Bernama

Artikel Berkaitan: