Rusuhan bantah perintah berkurung akibat Covid-19 di Belanda

Anggota polis mengawal tempat sebuah kereta dibakar akibat rusuhan menentang pelaksanaan perintah berkurung bagi membendung penularan Covid-19 di bandar Eindhoven, Belanda pada Ahad. - Foto AFP
Anggota polis mengawal tempat sebuah kereta dibakar akibat rusuhan menentang pelaksanaan perintah berkurung bagi membendung penularan Covid-19 di bandar Eindhoven, Belanda pada Ahad. - Foto AFP
A
A
A

THE HAGUE - Tunjuk perasaan yang menentang perintah berkurung bagi membendung pandemik Covid-19 daripada berlaku telah menyaksikan para penunjuk perasaan bertempur dengan polis di Belanda pada Ahad, menurut pihak berkuasa dan beberapa laporan.

Polis menggunakan meriam air dan anjing-anjing bagi menyuraikan para penunjuk perasaan di Amsterdam, lapor stesen televisyen NOS.

Tindakan itu dilakukan selepas ratusan orang berhimpun bagi menentang tunjuk perasaan ke atas pelaksanaan perintah berkurung yang dijangka berakhir sehingga 10 Februari depan, menurut laporan stesen televisyen Omroep Brabant.

Ia merupakan perintah berkurung yang pertama sejak Perang Dunia Kedua.

Di bandar Eindhoven, selatan negara itu, polis melepaskan gas pemedih mata bagi menyuraikan tunjuk perasaan manakala 30 orang ditangkap dalam kejadian tersebut.

Sejumlah kenderaan dibakar dan premis perniagaan di stesen tren di pusat bandar itu turut dijarah, lapor media.

Syarikat tren Belanda, NS menggesa para penumpang untuk mengelakkan daripada menggunakan stesen Eindhoven disebabkan perkhidmatan itu terganggu akibat kejadian tersebut.

Datuk Bandar Eindhoven, John Jorritsma memberitahu para pemberita bahawa jika negara berterusan berada dalam keadaan penentangan itu, beliau menganggap negara berkenaan sedang menuju ke arah perang saudara.

Artikel Berkaitan:

Kejadian seumpama itu turut berlaku di The Hague, Breda, Arnhem, Tilburg, Enschede, Appeldoorn, Venlo dan Ruremond.

Pusat ujian bagi mengesan Covid-19 turut dibakar pada malam Sabtu di di kampung Urk di utara negara itu, kata pihak berkuasa.

Penduduk yang melanggar peraturan berkurung dari jam 8 malam hingga 4.30 pagi akan berdepan dengan hukuman denda sebanyak 95 euro (RM468.26).

Perdana Menteri Belanda, Mark Rutte berkata sebelum ini, bahawa perintah berkurung itu perlu dilaksanakan bagi membendung penularan pandemik Covid-19. - AFP