Kanak-kanak 11 tahun terkunci dalam kereta

Sepasukan anggota bomba membuka kenderaan terkunci dengan menggunakan peralatan khas bagi mengeluarkan kanak-kanak itu yang terkunci di dalam kereta dalam kejadian pada Ahad.
Sepasukan anggota bomba membuka kenderaan terkunci dengan menggunakan peralatan khas bagi mengeluarkan kanak-kanak itu yang terkunci di dalam kereta dalam kejadian pada Ahad.
A
A
A

SABAK BERNAM - Seorang kanak-kanak berusia 11 tahun terperangkap kira-kira 20 minit di dalam kereta selepas kenderaan itu terkunci ketika ibunya keluar ke pasar di Jalan Pasar Pekan Sabak di sini pada Ahad.

Difahamkan semasa kejadian, mangsa yang masih terjaga ditinggalkan dalam keadaan enjin kereta dihidupkan, sebelum tertidur sebaik ibunya kembali semula ke kereta dan mendapati pintu kereta terkunci.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sabak Bernam, Mohd Saufi Zakaria berkata, ibu kanak-kanak itu termasuk orang awam yang melihat kejadian itu dipercayai cuba memanggil mangsa beberapa kali dengan mengetuk pintu kereta terbabit.

"Ibu mangsa memaklumkan cuba mengejutkan mangsa namun masih tidak berjaya sebelum orang awam menghubungi bomba meminta bantuan," katanya kepada Sinar Harian pada Isnin.

Katanya, pihaknya yang menerima panggilan kecemasan pada pada jam 10.20 pagi menghantar sepasukan tujuh anggota bersama jentera ke lokasi kejadian untuk kerja menyelamat.

"Anggota bomba mengambil masa kira-kira sembilan minit untuk membuka kenderaan menggunakan peralatan khas sebelum berjaya mengeluarkan kanak-kanak terbabit.

"Mangsa kemudian diserahkan kepada ibunya dan operasi tamat pada jam 10.31 pagi," katanya.

Artikel Berkaitan:

KRONOLOGI KES BUDAK / BAYI TERTINGGAL DALAM KERETA 2020

FEBRUARI

Lokasi: Kuantan, Pahang

Butiran: Bayi perempuan, sembilan bulan

Status: Maut

Lokasi: Johor Bahru, Johor

Butiran: Bayi lelaki, sembilan bulan

Status: Diselamatkan

MAC

Lokasi: Johor Bahru, Johor

Butiran: Bayi lelaki, tiga bulan

Status: Diselamatkan

Lokasi: Parit, Buntar, Perak

Butiran: Perempuan, empat tahun

Status: Diselamatkan

Lokasi: Johor Bahru, Johor

Butiran: Peremepuan, dua tahun

Status: Diselamatkan

MEI

Lokasi: Ipoh, Perak

Butiran: Lelaki, empat tahun

Status: Diselamatkan

JUN

Lokasi: Kulim, Kedah

Butiran: Perempuan, setahun empat bulan

Status: Diselamatkan

Lokasi: Johor Bahru, Johor

Butiran: Perempuan, tiga tahun

Status: Diselamatkan

Lokasi: Kluang, Johor

Butiran: Perempuan, dua tahun

Status: Diselamatkan

Lokasi: Johor Bahru, Johor

Butiran: Perempuan, tiga tahun

Status: Diselamatkan

Lokasi: Muar, Johor

Butiran: Perempuan, 10 tahun

Status: Diselamatkan

JULAI

Lokasi: Johor Bahru, Johor

Butiran: Lelaki, enam tahun

Status: Diselamatkan

OGOS

Lokasi: Sungai petani, Kedah

Butiran: Perempuan, empat tahun

Status: Maut

OKTOBER

Lokasi: Rawang, Selangor

Butiran: Perempuan, dua tahun

Status: Diselamatkan

NOVEMBER

Lokasi: Georgetown, Pulau pinang

Butiran: lelaki, setahun empat bulan

Status: Diselamatkan

DISEMBER

Lokasi: Segamat, Johor

Butiran: Lelaki, setahun

Status: Diselamatkan