Bilik Siasatan Jenayah Narkotik IPD Timur Laut terbakar

Kebakaran melibatkan 40 peratus bilik siasatan jenayah narkotik di IPD Timur Laut dalam kejadian pagi Isnin.
Kebakaran melibatkan 40 peratus bilik siasatan jenayah narkotik di IPD Timur Laut dalam kejadian pagi Isnin.
A
A
A

GEORGETOWN - Bilik siasatan jenayah narkotik di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Timur Laut terbakar dalam kejadian kira-kira jam 7.50 pagi pada Isnin.

Jurucakap bomba berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 7.55 pagi dan terus bergegas ke lokasi kejadian.

"Ketika tiba di lokasi kejadian, kita mendapati bilik di tingkat empat bangunan itu musnah 40 peratus. Bagaimanapun, tiada mangsa yang terlibat dalam kejadian tersebut.

"Kebakaran berjaya dikawal pada jam 8.15 pagi," katanya dalam satu kenyataan.

Tiada mangsa terlibat dalam kebakaran yang berlaku pada jam 7.50 pagi, Isnin.
Tiada mangsa terlibat dalam kebakaran yang berlaku pada jam 7.50 pagi, Isnin.

Menurutnya, operasi pemadaman melibatkan tiga jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Perak, Lebuh Pantai dan Paya Terubong.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong berkata, ketika kejadian tiada pegawai yang bertugas di bilik tersebut.

"Saya dimaklumkan pegawai bertugas terakhir di bilik itu keluar pada tengah malam tadi.

Artikel Berkaitan:

"Kita belum mengetahui punca kebakaran tetapi siasatan akan dilakukan oleh pihak bomba," katanya ketika dihubungi.