X

Kindly register in order to view this article
!

Anggota PGA, dua penganggur didakwa rompak berkumpulan

Tertuduh dibawa ke Mahkamah Sesyen Johor Bahru pada Isnin. Gambar kanan: Tertuduh (depan) yang juga anggota PGA dibawa ke Mahkamah Sesyen Johor Bahru pada Isnin.
A
A

JOHOR BAHRU - Seorang anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) dan dua penganggur didakwa di Mahkamah Sesyen Johor Bahru pada Isnin atas tuduhan melakukan rompak berkumpulan dan dengan sengaja menyebabkan kecederaan kepada seorang lelaki pada akhir tahun lalu.

Konstabel Haikal Fikri Anuar, 27, yang berkhidmat di Simpang Renggam bersama Razif Razali, 29, Muhammad Syukurilah Roszailah, 19, dan seorang wanita berusia 19 tahun didakwa bersama-bersama melakukan perbuatan tersebut di Medini Iskandar Puteri kira-kira jam 1.20 pagi pada 25 Disember lalu.

Haikal Fikri, Razif dan Muhammad Syukurilah membuat pengakuan tidak bersalah sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim V Mabel Sheela.

Tiga lelaki berkenaan dituduh mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara hingga 20 tahun dan boleh dikenakan denda atau sebat.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nur Sulehan Abd Rahman manakala tertuduh, Haikal Fikri diwakili peguam Jihad Syahida Nadia Zakaria sementara dua lagi tertuduh tidak diwakili peguam.

Mabel Sheela membenarkan semua tertuduh diikat jamin RM5,000 setiap seorang dengan dua penjamin dan memerintahkan mereka tidak mengganggu saksi pendakwaan, selain melapor diri setiap bulan di balai polis berdekatan serta menyerahkan pasport kepada mahkamah.

Mahkamah kemudian menetapkan 24 Februari depan untuk sebutan semula kes.

Mahkamah turut mengeluarkan waran tangkap terhadap wanita berusia 19 tahun berkenaan selepas gagal hadir ke mahkamah pada Isnin.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!