Pemimpin, ahli UMNO-BN perlu sepakat jaga parti

Kenyataan Shamsul Anuar di Facebook pada Isnin
Kenyataan Shamsul Anuar di Facebook pada Isnin
A
A
A

SHAH ALAM - Semua pemimpin dan ahli UMNO digesa sepakat dan menjaga perpaduan jika mahu melihat UMNO serta Barisan Nasional (BN) kembali gah seperti dahulu.

Ahli Majlis Tertingginya, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata, semua ahli, penyokong dan pemimpin parti termasuk dirinya perlu meletakkan kepentingan parti sebagai keutamaan untuk terus mengukuhkan parti.

"Berikan tumpuan untuk membela dan menjaga kepentingan rakyat.

"Dekatkan parti dan diri kita sebagai pemimpin dengan rakyat kerana ia akan merapatkan mereka dengan kita, malah ia mesti dilakukan di semua peringkat," katanya dalam satu kenyataan menerusi Facebook pada Isnin.

Dalam pada itu, Shamsul Anuar yang juga Pengarah Komunikasi BN turut menegaskan bahawa pemimpin dan ahli UMNO-BN boleh mempunyai pandangan berbeza kerana keterbukaan yang menjadi amalan parti.

Bagaimanapun menurutnya, keterbukaan tidak akan bermakna jika ia merosakkan parti.

Oleh itu katanya, kebebasan bercakap tidak bermaksud seseorang itu boleh berkata apa saja hingga memberi kesan negatif pada parti.

"Pastikan apa saja yang dilakukan memberi kebaikan kepada UMNO dan BN," katanya.

Artikel Berkaitan: