X

Kindly register in order to view this article
!

'Zahid tidak perlu tunggu hingga pemilihan parti'

Mohd Irwan Rizal
A
A

SHAH ALAM - Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tidak perlu menunggu sehingga pemilihan UMNO, sebaliknya perlu segera meletakkan jawatan sebagai Presiden parti itu.

Timbalan Ketua UMNO Setiawangsa, Datuk Mohd Irwan Rizal Mohd Ali Napiah berkata, Ahmad Zahid gagal menjelaskan beberapa isu penting yang terus diperkatakan ahli dan penyokong parti.

"Ia termasuk surat sokongan pemimpin tertinggi UMNO kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertujuan menjatuhkan kerajaan Perikatan Nasional (PN)," katanya kepada Sinar Harian pada Ahad.

Mohd Irwan berkata, beliau kecewa dengan pendirian parti dan Presiden yang bercanggah terutama dalam soal sokongan UMNO terhadap kerajaan PN.

"UMNO dan Barisan Nasional melalui ahli Parlimennya memutuskan untuk bersama kerajaan PN juga bermaksud bersama Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) tetapi hari ini lain pula pendirian Presiden.

"Isu seperti ini jika berterusan yang saya nampak (Zahid) sebagai seorang pimpinan tertinggi (parti) akan hanya merosakkan imej parti. Ini berlaku kerana pendiriannya berubah.

"Sebagai ahli UMNO kita mendahului parti dan kemudian individu. Walaupun perlu menghormati institusi Presiden tetapi tidak semestinya kita perlu menyokong jika Presiden melakukan kesalahan," katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!