Anak, bapa meninggal selang beberapa jam

Gambar hiasan.
Gambar hiasan.
A
A
A

TAPAH - Seorang warga emas meninggal dunia selang beberapa jam selepas anak lelakinya ditemui mati di sebuah rumah di Kampung Baru Temoh Stesen, Temoh di sini pada Ahad.

Dalam kejadian sekitar jam 10.50 pagi itu, Zulfahmi Hasbollah, 46, meninggal dunia selepas rebah dalam bilik mandi akibat serangan jantung ketika menyiapkan ayahnya mandi pagi.

Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Wan Azharuddin Wan Ismail berkata, dalam kejadian sekitar jam 10.50 pagi itu, anak lelaki mangsa, ditemui tidak sedarkan diri di luar bilik mandi rumahnya.

"Mangsa dikatakan terjatuh ketika kejadian dan meninggal dunia di kediamannya.

"Mengikut maklumat, mangsa menghidap penyakit kencing manis, saluran jantung tersumbat dan darah tinggi serta pernah menerima rawatan susulan di Klinik Kesihatan Kampar," katanya.

Menurutnya, pemeriksaan lanjut tidak menemui sebarang unsur jenayah pada tubuh mangsa.

"Mayat mangsa telah menjalani proses bedah siasat di Hospital Tapah dan selamat dikebumikan pada jam 6 petang semalam (Ahad)," katanya.

Beliau berkata, pada sebelah malamnya, polis menerima maklumat kematian bapa mangsa sekitar jam 10 malam.

Artikel Berkaitan:

Katanya, bapa mangsa disahkan meninggal dunia akibat kompilasi penyakit yang dialaminya.

"Kedua-dua kes ini diklasifikasikan sebagai mati mengejut," katanya.