Doktor meninggal dunia bukan punca vaksin Covid-19

Vaksin diberikan kepada petugas perubatan. - Foto CNN Indonesia
Vaksin diberikan kepada petugas perubatan. - Foto CNN Indonesia
A
A
A

JAKARTA - Seorang doktor yang tular didakwa meninggal dunia di Palembang selepas menerima suntikan vaksin Covid-19, bagaimanapun meninggal kerana serangan jantung.

Doktor lelaki berusia 49 tahun itu ditemukan meninggal dunia dalam sebuah kereta yang di parkir di pasar mini daerah Ilir Barat I, Palembang Sumatera Selatan pada Jumaat, lapor CNN Indonesia.

Berdasarkan pemeriksaan forensik Rumah Sakit Mohammad Hasan Bhayangkara Palembang, doktor tersebut dikatakan meninggal dunia akibat serangan jantung.

"Benar, berdasarkan laporan diterima, beliau baru-baru ini diberi suntikan vaksin, tetapi vaksin itu bukan punca kematian tersebut.

"Jika ia disebabkan oleh vaksin, reaksi akan lebih cepat dan kematian juga akan lebih cepat," kata Dr Indra Nasution.

Menurutnya, terdapat bintik-bintik pendarahan dikesan pada mata, wajah dan tangan kerana kekurangan oksigen.

"Doktor berkenaan ditemukan meninggal dunia oleh pekerja pasar di dalam kereta.

"Apabila melihat doktor tidak beri reaksi, pekerja terbabit menghubungi pihak polis dan pihak perubatan juga mengesahkan beliau meninggal dunia di lokasi kejadian," katanya.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, jurucakap Covid-19 Palembang, Yudhi Setiawan, mengatakan bahawa doktor itu menerima suntikan vaksin Covid-19 Sinovac pada Khamis lalu, sehari sebelum dia ditemukan mati.

Beliau juga menekankan bahawa 30 minit setelah disuntik dengan vaksin Covid-19, mangsa dikatakan tidak menunjukkan sebarang reaksi.

"Justeru kami menekankan kepada petugas perubatan agar tidak takut atau gusar dengan mengambil vaksin ini," katanya.