Manhaj Rabbani diangkat sebagai dasar Hal Ehwal Agama

DR ZULKIFLI MOHAMAD AL- BAKRI
DR ZULKIFLI MOHAMAD AL- BAKRI
A
A
A

PUTRAJAYA - Manhaj Rabbani yang berpaksikan dengan tiga ciri utama diangkat sebagai dasar Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).

Menterinya, Senator Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, ciri utama Thaqafah (keilmuan), Ruuhaniyyah (kerohanian) dan Da’wah (aktivisme) akan terus dilaksanakan di setiap agensi di bawah jabatan itu.

"Dasar Manhaj Rabbani adalah suatu konsep yang dekat dengan kita, jelas, mudah difahami dan mampu diterjemahkan di peringkat individu, komuniti, organisasi dan negara," katanya dalam ucapan sempena perhimpunan agensi di bawah jabatan itu.

Perhimpunan itu diadakan secara atas talian dan disiarkan secara langsung menerusi platform YouTube.

AKAN MENYUSUL

Artikel Berkaitan: