X

Kindly register in order to view this article
!

UMNO Tanjung Malim nafi desak Ahmad Zahid berundur

Foto gegantung yang mendesak Presiden UMNO letak jawatan tular yang dipasang pada papan tanda Felda Besout pada Ahad. Gambar kecil: Mohd Zaidi
A
A

IPOH - UMNO Bahagian Tanjung Malim menafikan pihaknya memasang gegantung meminta Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meletak jawatan.

Pemangku Ketua UMNO Bahagian Tanjung Malim, Mohd Zaidi Aziz berkata, gegantung tersebut disifatkan fitnah yang cuba memburuk-burukkan UMNO bahagian tersebut.

Menurutnya, laporan polis telah dibuat oleh Setiausaha UMNO Bahagian Tanjung Malim, Jamil Sulong Mohamed Shariff bersama beberapa ahli jawatankuasa (AJK) UMNO bahagian pada Ahad.

"Saya selalu dikejutkan dengan pelbagai berita yang belum dipastikan akan kesahihannya di media sosial. Semalam terkejut juga dengan 'banner' yang dipasang atas nama UMNO Bahagian Tanjung Malim. Terima kasih Setiausaha UMNO Bahagian dan AJK yang telah membuat laporan polis.

"Saya menafikan ini hasil kerja ahli UMNO di sini tetapi saya ingin sentuh dari sudut fitnah yang berlaku dan ia dilihat berleluasa sekali dalam masyarakat kita pada hari ini.

"Bagi saya 'banner' itu apparatus konvensional namun masih lagi menjadi penyumbang tersebarnya fitnah dan jelas ini juga propaganda pihak tertentu," katanya menerusi hantaran di Facebook pada Isnin.

Menurutnya, tindakan pereka fitnah itu mempunyai kepentingan politik dan bersifat dengki terhadap kelebihan orang lain.

Beliau berharap perbuatan fitnah tersebut dihentikan serta-merta kerana ia akan memberikan pelbagai kesan buruk.

Jelasnya, tindakan itu akan membawa kerosakan yang amat dahsyat ke atas masyarakat dan negara.

Dalam pada itu, selain di Tanjung Malim, sepanduk sama turut dipasang di Kuala Kangsar dan tular sejak Ahad.

Difahamkan UMNO Bahagian Kuala Kangsar akan membuat laporan polis pada Isnin.


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!