Penceroboh tanah licik, tak serik kena tindakan

Kegiatan pengorekan pasir secara haram di sekitar kawasan Sungai Pusu didakwa beroperasi secara licik walaupun pihak berkuasa pernah mengambil beberapa tindakan sebelum ini.
Kegiatan pengorekan pasir secara haram di sekitar kawasan Sungai Pusu didakwa beroperasi secara licik walaupun pihak berkuasa pernah mengambil beberapa tindakan sebelum ini.
A
A
A

GOMBAK - [LAPORAN KHAS] Kegiatan pengorekan pasir secara haram di sekitar kawasan Sungai Pusu didakwa beroperasi secara licik walaupun pihak berkuasa pernah mengambil beberapa tindakan sebelum ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri Gombak Setia, Muhammad Hilman Idham berkata, baru-baru ini pihaknya dimaklumkan berhubung kegiatan berkenaan yang dikatakan kembali beroperasi dan perkara itu sudah dipanjangkan kepada pihak berkuasa.

Muhammad Hilman berkata, pihaknya menggesa agar Pejabat Daerah Gombak dan pihak berkuasa tempatan berkaitan dapat membanteras kegiatan itu dengan segera.

“Saya juga akan mencadangkan supaya satu tindakan bersepadu dapat dilaksanakan dengan turut mendapat bantuan daripada Polis Diraja Malaysia,” katanya kepada Sinar Harian.

Mengulas lanjut, Muhammad Hilman berkata, pencerobohan tanah kerajaan secara haram sememangnya isu yang perlu ditangani secara serius dengan penglibatan semua pihak.

Beliau berkata, dua kegiatan yang sering dikaitkan dengan pencerobohan tanah adalah isu pelupusan sampah haram dan aktiviti korek pasir.

“Saya sendiri sebelum ini turut berpengalaman bersama-sama membantu Pejabat Daerah dan Tanah Gombak serta Majlis Perbandaran Selayang membanteras kegiatan pelupusan sampah haram di Gombak sehingga kedua-dua lokasi itu berjaya ditutup,” katanya.

Artikel Berkaitan: