PKP penuh boleh dielak jika baik pulih strategi kesihatan awam

Kaedah PCR oleh KKM memakan masa sehingga lima ke tujuh hari untuk mendapat keputusan sekali gus memberi kesempatan masa kepada virus Covid-19 untuk tersebar luas.Gambar kecil: Dr Musa.
Kaedah PCR oleh KKM memakan masa sehingga lima ke tujuh hari untuk mendapat keputusan sekali gus memberi kesempatan masa kepada virus Covid-19 untuk tersebar luas.Gambar kecil: Dr Musa.
A
A
A

SHAH ALAM - Malaysia tidak perlu melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 pada Februari nanti sekiranya strategi kesihatan awam yang asas dibaik pulih.

Pakar Perunding Kanak-kanak KPJ Hospital Pakar Damansara, Datuk Dr Musa Mohd Nordin berkata, beliau yakin jika kaedah Find-Test-Trace-Isolate-Support (FTTIS) diperbetulkan, PKP yang lebih ketat tidak diperlukan kerana hanya akan menambahkan kesengsaraan rakyat dan melumpuhkan ekonomi negara.

“Malaysia akan terperangkap dalam satu kitaran PKP yang berterusan jika kerajaan tidak melakukan perkara asas dalam usaha mitigasi untuk mengurangkan kes Covid-19

“Kaedah FTTIS tidak beroperasi dengan berkesan. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) masih menggunakan kaedah Tindak Balas Rantai Polimer (PCR) untuk ujian Covid-19.

“Ia ujian yang baik untuk kegunaan diagnostik dan rawatan di hospital tetapi ia agak lembab dan bukan alat terpilih kesihatan awam untuk saringan Covid-19 di lapangan,” katanya kepada Sinar Harian pada Ahad.

Dr Musa menegaskan, KKM mesti bertukar kepada ujian pantas antigen (RTK-Ag) yang boleh mendiagnos Covid-19 dalam masa satu jam di lapangan.

“Ia tidak memerlukan makmal yang canggih dan mahal. Kes yang positif Covid-19 boleh diberitahu secepat mungkin, sehari dah boleh diisolasi. Dalam jangka masa dua hari pengesanan kontak boleh dijalankan dan kuarantin boleh dilaksana,” katanya.

Kata beliau, kes sporadik dan kluster Covid-19 boleh dikenal pasti dalam kadar segera dan penularan boleh dibanteras.

Artikel Berkaitan: