Bersediakah kita dengan penutupan ekonomi

Kemungkinan kerajaan bertindak menutup aktiviti ekonomi sekiranya bilangan kes Covid-19 terus meningkat memang menggusarkan banyak pihak terutama mereka yang bergantung kepada gaji harian.
Kemungkinan kerajaan bertindak menutup aktiviti ekonomi sekiranya bilangan kes Covid-19 terus meningkat memang menggusarkan banyak pihak terutama mereka yang bergantung kepada gaji harian.
A
A
A

KEMUNGKINAN kerajaan bertindak menutup aktiviti ekonomi sekiranya bilangan kes Covid-19 terus meningkat memang menggusarkan banyak pihak terutama mereka yang bergantung kepada gaji harian.

Kebimbangan itu makin kuat apabila kes harian Covid-19 seperti tidak nampak petanda mahu turun malah dijangka melonjak kepada angka lebih tinggi berdasarkan kepada jangkaan Kementerian Kesihatan.

Mereka yang bergantung kepada pendapatan harian pasti runsing memikirkan langkah perlu diambil untuk memastikan kelangsungan hidup apabila penutupan ekonomi dilaksanakan kelak.

Malah kerugian yang ditanggung sebelum ini tidak dapat ditampung sepenuhnya berikutan orang ramai masih berhati-hati untuk berbelanja kerana bimbang impak Covid-19 terhadap ekonomi pada tahun 2021.

Seperti yang dinyatakan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini, negara kerugian kira-kira RM2.4 bilion sehari iaitu sebanyak RM63 bilion sejak PKP dilaksanakan sejak 18 Mac lalu.

Dan apabila dilaksanakan penutupan ekonomi, berapakah lagi kerugian yang perlu diterima oleh negara dan kita semua?

Satu lagi persoalan adakah kita bersedia dan mampu untuk menghadapinya?

Oleh itu, sekiranya kerajaan mahukan melaksanakan penutupan ekonomi, ia perlu dilakukan seiring dengan pemberian moratorium automatik selama enam bulan seperti yang disarankan oleh 25 ahli Parlimen pembangkang dan beberapa pihak sebelum ini.

Artikel Berkaitan:

Moratorium adalah antara kaedah terbaik meringankan beban semua golongan dan merancakkan kembali aktiviti ekonomi dalam negara.

Sebenarnya antara kejayaan PKP siri pertama ialah ia dilaksanakan bersama moratorium enam bulan automatik yang menyebabkan rakyat tenang menghadapi lockdown.

Bayangkan terkurung di dalam rumah dan masih perlu berdepan hutang bank, sudah pasti lockdown tidak akan berjaya.

Bank-bank di Malaysia pula masih kukuh kedudukan kewangan masing-masing dan mampu untuk memberikan moratorium secara automatik untuk kali kedua.