RM150 juta baik pulih jalan rosak akibat banjir, tanah runtuh

Datuk Seri Bung Moktar Radin
Datuk Seri Bung Moktar Radin
A
A
A

RANAU - Kira-kira RM150 juta diperlukan untuk kerja-kerja baik pulih jalan yang rosak akibat banjir serta tanah runtuh yang melanda Sabah baru-baru ini.

Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata, justeru kerajaan negeri akan memperhalusi perkara itu termasuk dari segi pembiayaan dan akan memohon bantuan daripada kerajaan Persekutuan bagi membaiki jalan-jalan terlibat.

“Ada jalan-jalan yang diselenggara oleh pihak konsesi dan jika ia dikendalikan konsesi berkenaan, kami akan berikan kepada konsesi tersebut (bagi baik pulih).

“Tetapi ada jalan (rosak) tidak ada yang menjaga (menyelenggara), oleh itu ia akan dilaksanakan Jabatan Kerja Raya (JKR),” katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke kawasan tanah runtuh tempat letak kereta awam Taman Kinabalu, Kundasang di sini pada Ahad.

Bung Moktar berkata, keadaan hujan yang berterusan adalah faktor berlakunya kejadian tanah runtuh, jambatan roboh dan jalan terputus malah dianggarkan lebih 100 jalan tidak boleh dilalui baru-baru ini. - Bernama

Artikel Berkaitan: