Kalau darurat bermotif politik, PN sudah ambil alih negeri pembangkang

Ahmad Marzuk
Ahmad Marzuk
A
A
A

SHAH ALAM - Pengisytiharan darurat bukan bermotif politik sebaliknya bagi menjamin keselamatan dan kesihatan rakyat terjejas akibat pandemik Covid-19, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Ahmad Marzuk Shaary.

Menurut Ahmad Marzuk, sekiranya pengisytiharan darurat dibuat bermotifkan politik, kerajaan sudah tentu akan mengambil alih pentadbiran negeri pembangkang seperti yang berlaku di Kelantan pada tahun 1970-an.

"Biarpun darurat dilaksanakan, kuasa Menteri Besar, Ketua Menteri dan Exco Kerajaan Negeri masih dikekalkan, malah mereka masih boleh meneruskan urusan pentadbiran seperti biasa walaupun di negeri dikuasai pembangkang.

ARTIKEL BERKAITAN: Benarkah ‘darurat politik'?

Proklamasi darurat solusi terbaik akhiri drama politik?

"Kalau dikatakan pelaksanaan darurat ini bermotifkan politik, sudah pasti kerajaan Pulau Pinang dan Negeri Sembilan di bawah Pakatan Harapan (PH) sudah diambil alih seperti berlaku ketika krisis darurat di Kelantan dahulu," katanya pada sesi webinar bertajuk 'Proklamasi Darurat: Apakah Satu Keperluan?' anjuran Gerakan Pembela Ummah pada Ahad.

Ahmad Marzuk berkata, pengambilalihan pentadbiran kerajaan negeri itu tidak berlaku dalam pelaksanaan darurat kali ini, bahkan kerajaan Pusat memberi kerjasama dan bantuan kepada kerajaan negeri tanpa mengambil kira ia negeri pembangkang atau sebaliknya.

Sehubungan itu, beliau berkata, kerajaan berharap semua langkah yang diambil menjamin ketelusan darurat bagi membuktikan kepada rakyat Malaysia bahawa ia bukan mainan politik.

Artikel Berkaitan:

"Walaupun darurat memberi keistimewaan dan kuasa tertentu, kerajaan menggunakan mekanisme yang adil dan telus dalam memberi nasihat kepada Yang di-Pertuan Agong (Al-Sultan Abdullah Ri' ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah).

"Malah, Perdana Menteri (Tan Sri Muhyiddin Yassin) memberi jaminan bahawa pilihan raya akan diadakan sebaik sahaja Jawatankuasa Khas Bebas yang ditubuhkan, memperakukan bahawa wabak Covid-19 sudah reda atau pulih sepenuhnya," katanya