Anggota Rela maut motosikal langgar lori

Mangsa mengalami kecederaan parah selepas motosikal ditunggangnya melanggar belakang sebuah lori di Kilometer 26, Jalan Tampin-Gemas berhampiran Pejabat Pos Gemencheh dekat sini pada Sabtu. - Foto Ihsan orang awam
Mangsa mengalami kecederaan parah selepas motosikal ditunggangnya melanggar belakang sebuah lori di Kilometer 26, Jalan Tampin-Gemas berhampiran Pejabat Pos Gemencheh dekat sini pada Sabtu. - Foto Ihsan orang awam
A
A
A

TAMPIN – Seorang anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) maut selepas motosikal ditunggangnya melanggar belakang sebuah lori tangki tanpa muatan di Kilometer 26, Jalan Tampin-Gemas berhampiran Pejabat Pos Gemencheh dekat sini pada Sabtu.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.40 petang itu, mangsa, R Venu, 39, yang menunggang motosikal jenis Honda EX5 disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Tampin akibat kecederaan parah.

Ketua Polis Daerah Tampin, Superintendan Anuwal Ab Wahab berkata, hasil siasatan mendapati kejadian itu berlaku ketika lori tangki yang dalam perjalanan ke Gedok Mas, Gemencheh berhenti di lampu isyarat merah.

"Namun secara tiba-tiba, motosikal yang ditunggang mangsa melanggar belakang lori tangki tersebut.

"Mangsa disahkan meninggal dunia di hospital pada jam 8.10 malam dan bedah siasat akan dijalankan bagi mengetahui punca kematian," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Katanya, kes ini akan disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan lanjut masih dijalankan.

Sementara itu, abang mangsa, R Tamalarasan, 42, berkata, kali terakhir dia bertemu adiknya pada pagi Sabtu selepas membeli sarapan untuk mereka sekeluarga yang tinggal di Taman Indah Tampin.

Artikel Berkaitan: