Covid-19: 10 lagi sekolah rendah ditutup di Terengganu

SK Tengku Ampuan Mariam di pusat bandar Kuala Terengganu juga ditutup selama tujuh hari bagi proses sanitasi.
SK Tengku Ampuan Mariam di pusat bandar Kuala Terengganu juga ditutup selama tujuh hari bagi proses sanitasi.
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Sebanyak 10 lagi sekolah rendah ditutup di Terengganu bermula Ahad bagi membolehkan proses sanitasi dilakukan susulan terdapat kes positif Covid-19.

Sekolah terlibat ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Kesom, SK Bukit Petiti, SK Pulau Manis, SK Manir, SK Tengku Ampuan Mariam, SK Kedai Buloh, SK Tok Dir, SK Pusat Kuala Ibai, SK Seri Budiman dan SK Gong Tok Nasek di daerah Kuala Terengganu.

Perkara itu disahkan Pengarah Kesihatan Negeri, Dr Nor Azimi Yunus ketika dihubungi Sinar Harian pada Ahad.

ARTIKEL BERKAITAN: Lapan kes positif Covid-19 dikesan di SKSS1

Kesemua sekolah berkenaan diarahkan tutup selama tujuh hari bermula 24 hingga 30 Januari bagi proses sanitasi.

Terdahulu, dua buah sekolah iaitu SK Sultan Sulaiman 1 (SKSS1) dan SK Paloh di sini ditutup selama 14 hari bagi proses sanitasi ekoran terdapat lapan kes positif Covid-19 dikesan.

Kesemua aktiviti dan pengurusan dalam kawasan sekolah ditangguhkan bermula 22 Januari hingga 5 Februari depan.

Arahan itu dikeluarkan Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu di bawah Seksyen 18 (1)(d) Akta Pencegahan dan Kawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

Artikel Berkaitan:

Kegagalan mematuhi arahan kerja membasmi kuman adalah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 22 (b) Akta 342 dan apabila disabitkan kesalahan di bawah Seksyen 24 (a) akta yang sama boleh dipenjarakan selama tempoh tidak lebih dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.