X

Kindly register in order to view this article
!

52,000 kebenaran rentas negeri, daerah

Shafien
A
A

KOTA BHARU - Polis Kelantan mengeluarkan 52,000 surat kebenaran rentas negeri dan daerah sepanjang tempoh seminggu pertama Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 di negeri ini.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat, surat kebenaran PKP 2.0 bermula 16 Januari yang diluluskan itu melibatkan pelbagai urusan terutama kebanyakan mereka yang bekerja sendiri seperti peniaga.

“Mereka tidak mempunyai majikan dan memerlukan surat kebenaran daripada polis untuk bekerja manakala selebihnya terlibat dalam perkhidmatan penghantaran makanan.

“Minggu pertama polis menerima 52,000 permohonan manakala masuk minggu kedua, jumlah permohonan sudah berkurangan berbanding tiga hari pertama PKP 2.0 dilaksanakan di Kelantan,” katanya kepada pemberita di Pengkalan Chepa di sini pada Ahad.

Mengulas lanjut, beliau berkata, pihaknya menguatkuasakan kawalan di lorong-lorong tikus di sepanjang sempadan antara negeri bagi mengelak kejadian rentas negeri tanpa kebenaran.

“Pasukan pemantau akan berada di lokasi yang ditetapkan di sempadan ketika PKP 2.0.

“Pada masa sama, sejumlah 19 sekatan jalan raya (SJR) yang sedia ada mencukupi untuk mengawal pergerakan orang ramai ketika penularan pandemik Covid-19,” katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!