Bekalan mercun untuk Tahun Baharu Cina dirampas

Mercun yang dirampas oleh Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Dua Johor di Taman Skudai Indah Johor Bahru pada Sabtu.
Mercun yang dirampas oleh Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Dua Johor di Taman Skudai Indah Johor Bahru pada Sabtu.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Dua Johor, merampas pelbagai jenis mercun dianggarkan bernilai RM80,000 melalui serbuan Op Benteng-Covid Landai di Taman Skudai Indah 2, Johor Bahru, di sini pada Sabtu.

Asisten Komisioner Muhd Zailani Abdullah berkata, dalam serbuan kira-kira jam 4.30 petang itu, seorang lelaki berusia 51 tahun ditahan kerana disyaki menyimpan mercun untuk pasaran tempatan dipercayai bagi sambutan Tahun Baru Cina.

Katanya, sebaik menerima maklumat daripada orang awam berkaitan aktiviti penyimpanan mercun berkenaan, sepasukan anggota dan pegawai PPM Wilayah Dua Johor yang sedang bertugas dalam Op Benteng Covid- Landai bergegas ke lokasi kejadian.

Mercun yang dirampas oleh Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Dua Johor di Taman Skudai Indah Johor Bahru pada Sabtu.
Mercun yang dirampas oleh Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Dua Johor di Taman Skudai Indah Johor Bahru pada Sabtu.

"Pemeriksaan ke atas sebuah lori menemui sejumlah 43 kotak berisi pelbagai jenis mercun. Polis turut menemui sebanyak 17 kotak berisi pelbagai jenis mercun dalam garaj kenderaan di sebuah rumah.

"Turut dirampas sebuah lori yang digunakan untuk aktiviti penyeludupan mercun dianggarkan bernilai RM80,000. Jumlah keseluruhan dianggarkan bernilai RM160,000," katanya menerusi kenyataan pada Ahad.

Menurut Muhd Zailani, kes berkenaan disiasat di bawah kesalahan Akta Bahan Letupan 1959 dan jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara hingga tujuh tahun atau denda hingga RM10,000 atau kedua-duanya sekali.

"Pasukan Polis Marin akan sentiasa menjalankan operasi bagi mengekang sebarang aktiviti jenayah dan pelanggaran undang- undang terutamanya menjelang musim perayaaan.

Artikel Berkaitan:

"Operasi Bersepadu (Integrated approach) bersama pihak Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) dan Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDN/KA) dari IPD dan IPK Kontinjen Johor secara berterusan akan dijalankan dari semasa ke semasa," katanya.