Keluar hanya jika benar-benar penting: Polis

Keadaan lalu lintas di daerah Petaling Jaya selepas pelaksanaan PKP 2.0 bermula 13 Januari lalu. - Foto Facebook Polis Petaling Jaya
Keadaan lalu lintas di daerah Petaling Jaya selepas pelaksanaan PKP 2.0 bermula 13 Januari lalu. - Foto Facebook Polis Petaling Jaya
A
A
A

KUALA LUMPUR - Jumlah kenderaaan di atas jalan raya seluruh negara dianggarkan berkurangan kira-kira 30 peratus sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 bermula 13 Januari lalu.

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Azisman Alias berkata, anggaran itu adalah perbandingan jumlah sebelum PKP dikuatkuasakan.

"Keadaan itu menjadikan aliran trafik dalam keadaan baik dan terkawal. Setakat ini tiada laporan kesesakan jalan raya dilaporkan," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Ahad.

Keadaan lalu lintas di daerah Petaling Jaya selepas pelaksanaan PKP 2.0 bermula 13 Januari lalu. - Foto Facebook Polis Petaling Jaya
Keadaan lalu lintas di daerah Petaling Jaya selepas pelaksanaan PKP 2.0 bermula 13 Januari lalu. - Foto Facebook Polis Petaling Jaya

Sementara itu, Azisman turut mengingatkan orang ramai supaya terus patuh kepada arahan prosedur operasi standard (SOP).

Beliau berkata, sekiranya tiada keperluan, orang ramai perlu duduk di rumah sahaja.

"Jika benar-benar ada urusan penting sahaja dibenarkan seperti mahu menziarahi ahli keluarga yang sakit. Itu pun perlu mendapat kelulusan pergerakan dari balai polis terdekat," katanya.

Artikel Berkaitan: