X

Kindly register in order to view this article
!

PdPR: Ibu bapa sanggup bayar ansuran beli 'laptop' terpakai

Syeikh Kyairder Syamzarey (kanan) memberikan penerangan kepada pelanggan yang mahu mendapatkan komputer terpakai dijualnya di Kampung Rasal, Tok Uban, Pasir Mas.
A
A

PASIR MAS - Normal baharu sistem pendidikan negara yang berkonsepkan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) dan memerlukan kaedah secara dilihat cukup memeritkan bagi golongan berpendapatan rendah.

Ramai yang mengeluh kerana harga sebuah komputer terpakai dan berkualiti bermula pada harga RM890 cukup tinggi kepada golongan berpendapatan rendah terutama ketika berhadapan Covid-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Perkara itu diakui oleh peniaga komputer riba, Syeikh Kyairder Syamzarey Wan Idris yang mendedahkan ada dalam kalangan ibu bapa yang berpendapatan rendah sanggup merayu untuk membuat bayaran ansuran untuk membeli keperluan itu.

"Sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 ini bermula pada 16 Januari lalu harga komputer riba baru meningkat sekitar RM300 untuk satu unit.

"Melihat kepada trend itu, orang ramai mula beralih kepada penggunaan komputer riba terpakai untuk PdPR anak-anak mereka," katanya ketika ditemui pemberita di rumahnya di Kampung Rasal, Tok Uban di sini pada Ahad.

Menurutnya, kebanyakan komputer riba yang dijual itu datang hari luar negara seperti Amerika Syarikat, Korea Selatan, Jepun dan Singapura.

Beliau yang juga Imam Satu Masjid Ar-Rahman Tok Uban berkata, ibu bapa memilih komputer riba kerana lebih fleksibel dan mengelakkan mata anak-anak mereka rosak berbanding penggunaan telefon bimbit.

Syeikh Kyairder Syamzarey berkata, dalam urusan pembelian keperluan itu beliau lebih selesa menggunakan kaedah mendidik pelanggan kerana ramai yang bekerja sendiri dan berpendapatan rendah.

"Saya didik pelanggan supaya membeli mengikut 'bajet' dengan menawarkan spesifikasi terbaik. Tujuannya supaya proses PdPR berjalan lancar.

"Hasrat saya satu, anak-anak khususnya di kawasan luar bandar tidak ketinggalan dalam pelajaran," katanya.

Syeikh Kyairder Syamzarey berkata, setakat ini beliau menjual hampir 100 buah komputer riba terbaik untuk kegunaan pelajar di kawasan kampung.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!